043A6586.JPGDSC_6641.JPGDSC_6688.JPGDSC_6685.JPG

KUANTAN, 7 Januari 2021 – Majlis serah terima tugas Ketua Pengarah Eksesais di antara Laksma Ee (Yee) Tai Peng dengan Laksma Shaiful Nizam bin Abdul Manan telah diadakan Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama. Acara telah disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama. Laksma Ee (Yee) Tai Peng akan bertukar ke TLDM Lumut menjawat jawatan sebagai Timbalan Panglima Armada Barat.

Turut disempurnakan acara pemakaian Lencana Jurulatih TUDM kepada 5 orang pegawai TUDM. Bagi kategori Gold Pin pegawai yang menerima Lencana Jurulatih ialah Lt Kol Engku Faizal bin Engku Mustaffa TUDM – J2, Lt Kol Cheng Boon Jong TUDM – SPS, Lt Kol See Yeap Weei TUDM – J3 dan Lt Kol Radin Saiful Affendi bin Radin Tahir TUDM – J3 manakala bagi kategori Silver Pin pegawai yang menerima Lencana Jurulatih ialah Mej Tuan Mohd Azri bin Tuan Yusoff TUDM-J2.

Seterusnya acara penyerahan cenderahati penghargaan kepada Komander Malbatt 850-7 dan Op Starlight-5 iaitu Kol Kol Khairul Anwar bin Soib dan Kol (Dr) Mohamed Zaki bin Mohamed Mokhtar di atas jasa dan penglibatan mereka semasa menjalankan misi dan operasi tahun lalu. Turut hadir semasa acara tersebut pegawai kanan serta warga Mk AB.