047A3370.JPG047A3317.JPG047A3386.JPG047A3375.JPG

Kuala Lumpur, 18 Disember 2020 – Majlis Pembubaran Tim Op STARLIGHT-5 Hospital Medan Malaysia Cox’s Bazar telah disempurnakan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Turut hadir majlis tersebut adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Angkatan Bersama dan Pegawai Kanan ATM.

     Tim Op STARLIGHT-5 dianggotai oleh seramai 56 anggota terdiri daripada 19 pegawai dan 36 anggota lain-lain pangkat serta seorang Jururawat Awam dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang diketuai oleh Kolonel (Dr) Mohamed Zaki bin Mohamed Mokhtar. Tim ini telah diaturgerakkan ke Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar Bangladesh mulai Februari dan sepatutnya berakhir pada Ogos 2020. Namun disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang semakin meningkat di Cox’s Bazar, tim Op STARLIGHT-5 telah diarahkan kembali ke Malaysia pada 28 Mac 2020.

      Selain itu, berdasarkan kepada perkembangan semasa ini serta penularan pandemik COVID-19, pihak kerajaan telah memutuskan untuk menamatkan pengoperasian Hospital Medan Malaysia pada tahun 2020 ini berbanding dengan mandat operasi yang sepatutnya tamat pada Disember 2021. Sepanjang 3 tahun beroperasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat lebih daripada 108,038 orang pesakit dan melaksanakan lebih 3500 pembedahan.

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=myjointforce&set=a.3303788859749494

#BerjuangBersama
#KitaJagaKita
#OpSTARLIGHT-5