043A1787.JPG043A1675.JPG043A1757.JPG043A1659.JPG

SUBANG, 15 November 2020 - Majlis Penghantaran kumpulan keempat MALBATT 850-8 telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani di Pangkalan Udara Subang. Beliau yang mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Berangkat Ke Lubnan” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-8 Kumpulan Keempat kerana terpilih untuk melaksanakan tugas dan menjaga nama baik negara di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat.

Penghantaran kumpulan Keempat MALBATT 850-8 yang diketuai oleh Mejar Salion bin Mamat yang melibatkan seramai 205 orang iaitu  6 pegawai dan 191 anggota serta 8 anggota ABDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah wakil Panglima - panglima Perkhidmatan dan Wakil ABDB.

#Malbatt850-8
#BerjuangBersama
#Misikeamanansejagat