043A1098.JPG043A1083.JPG043A1065.JPG043A1050.JPG

KUANTAN, 6 November 2020 – Majlis penutup Kursus Pengetahuan Islam dan Fardu Ain (PIFA) Tahap 3 Siri 1/2020 telah disempurnakan oleh Mejar Sulaiman bin Mohamad Yuneh, Pegawai Staf 2 Khidmat Agama MK AB di Wisma Gabungan Markas Angkatan Bersama. Kursus ini adalah kursus wajib bagi setiap anggota lain-lain pangkat bagi tujuan kenaikan gaji dalam masa yang sama untuk menilai pengetahuan setiap anggota muslim ATM di dalam ilmu Pengetahuan Agama Islam. Selain itu,kursus ini merupakan julung kali diadakan di Markas Angkatan Bersama Anjuran Sel Agama yang melibatkan seramai 20 orang peserta.
#BerjuangBersama
#kukuhdayaspiritual
#kukuhaspekrohani
#Kitajagakita