043A0967.JPG043A0988.JPG043A0983.JPG043A1005.JPG

KUANTAN, 5 November 2020 – Majlis menyambut ketibaan hari pertama bertugas Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani telah diadakan di foyer Kompleks Markas Angkatan Bersama. Sejurus ketibaan, Ketua Staf mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter dari pasukan Mk AB. Selesai acara tersebut beliau diperkenalkan kepada pegawai-pegawai kanan Mk AB. Seterusnya Ketua Staf diberi taklimat tentang peranan dan tugas Markas ini di bilik mesyuarat utama.

Seluruh pegawai dan staf Markas Angkatan Bersama mengucapkan Selamat Datang kepada Ketua Staf Markas Angkatan Bersama ke 12.