043A0589.JPG043A0621.JPG043A0700.JPG043A0672.JPG

SUBANG, 30 Oktober 2020 - Majlis sambutan kepulangan kumpulan ketiga MALBATT 850-7 telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Hj Muhammad Rodhi bin Ariffin, Asisten Ketua Staf J5 di Pangkalan Udara Subang. Turut hadir majlis tersebut adalah pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai ATM serta wakil ABDB.
Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Kembali Ke Tanah Air” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 kumpulan ketiga kerana telah berjaya melaksanakan tugas di Lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat serta menunjukkan kerjasama teguh di antara pasukan pemerhati kontinjen dari negara-negara lain termasuk angkatan tentera Lubnan dan juga rakyat setempat.
Kepulangan kumpulan ketiga MALBATT 850-7 yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Syafik bin Saadun TUDM yang melibatkan seramai 212 orang iaitu 11 pegawai dan 186 anggota termasuk 2 pegawai serta 13 anggota ABDB. Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang tiba di Malaysia ini akan menjalani saringan pemeriksaan kesihatan Covid-19 dan akan bergerak ke MALBATT Village untuk kuarantin wajib selama 14 hari.