043A0392.JPG043A0356.JPG043A0341.JPG043A0276.JPG

SUBANG, 29 Oktober 2020 - Majlis Penghantaran kumpulan ketiga MALBATT 850-8 telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama di Pangkalan Udara Subang. Turut hadir majlis tersebut pegawai-pegawai kanan ATM dan wakil dari ABDB.
Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Berangkat Ke Lubnan” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-8 Kumpulan Ketiga kerana terpilih untuk melaksanakan tugas dengan efektif, efisien dan selamat serta menasihati supaya menjaga nama baik negara selama berada di bumi Lubnan.
Penghantaran kumpulan Ketiga MALBATT 850-8 yang diketuai oleh Mejar Mohd Fierman bin Abd Aziz yang melibatkan seramai 215 orang iaitu 4 pegawai dan 194 anggota serta 2 pegawai, 14 anggota ABDB dan seorang awam dari Kementerian Pertahanan.
Panglima Angkatan Bersama dan delegasi juga mengiringi kumpulan ini ke Lubnan bagi menyaksikan serah terima tugas MALBATT 850-7 dengan MALBATT 850-8 di Kem Marakah.