122178765_3153086668153048_7119397566865989288_o.jpg122042024_3153087314819650_7737082509949475287_o.jpg121966232_3153093068152408_3179891452722180424_o.jpg122191471_3153093188152396_1952230266231739310_o.jpg

KUANTAN, 21 Oktober 2020 – Perbarisan penghargaan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Ke -11 Mejar Jeneral Abd Malik bin Jiran telah diadakan di perkarangan Fleet Kenderaan MK AB. Perbarisan diketuai oleh Kepten Manimaran A/L Chellaturai Arjunan TLDM yang terdiri daripada dua detasmen pegawai dan anggota LLP. Perbarisan turut diiringi oleh pancaragam dari 4 Bgd Mekanize. Mejar Jeneral Abd Malik bin Jiran akan mula bercuti sebelum bersara wajib pada Jun 2021 tahun hadapan setelah hampir 41 tahun berkhidmat di dalam ATM. Selesai perbarisan acara seterusnya ialah Majlis serah terima tugas KS MK AB di antara Mejar Jeneral Abd Malik bin Jiran dengan Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani yang berlangsung di Auditorium Mat Kilau MK AB. Majlis telah disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama. Turut hadir AKS pegawai kanan para pegawai serta anggota MK AB.