DSC_1237.JPGDSC_5851.JPGDSC_1324.JPGDSC_1344.JPG

SUBANG, 16 Oktober 2020 - Majlis Sambutan Kepulangan Kumpulan Kedua MALBATT 850-7 telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama di Pangkalan Udara Subang. Turut hadir majlis tersebut adalah panglima-panglima perkhidmatan, wakil ABDB dan pegawai ATM.
Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Kembali Ke Malaysia” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 Kumpulan Kedua kerana telah berjaya melaksanakan tugas di lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan efektif, efisien dan selamat sejak 24 september 2019 lalu.
Kepulangan kumpulan Kedua MALBATT 850-7 yang diketuai oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh yang melibatkan seramai 212 orang iaitu 10 pegawai dan 195 anggota serta 7 anggota ABDB. Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 Kumpulan Kedua yang tiba di Malaysia akan dibuat pemeriksaan kesihatan dan dibawa ke MALBATT Village untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.