DSC_1144.JPGDSC_1078.JPGDSC_1065.JPGDSC_5761.JPG

SUBANG, 15 Oktober 2020 – Majlis Penghantaran Kumpulan Kedua MALBATT 850-8 telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato' Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama di Cabang Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima-Panglima Perkhidmatan, Penasihat Pertahanan Brunei, Pegawai-pegawai Kanan ATM serta wakil pegawai setiap perkhidmatan. Penghantaran Kumpulan Kedua melibatkan jumlah keseluruhan seramai 216 orang dan diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT-8, Leftenan Kolonel Roslan bin Mohd Zin bersama 14 pegawai dan 196 anggota ATM serta 1 pegawai dan 5 anggota dari ABDB. Sebelum berlepas kumpulan kedua ini telah diberi taklimat dan pesanan oleh PAB supaya menjaga nama baik negara Malaysia amnya dan ATM khasnya. MALBATT 850-8 akan meneruskan misi UNIFIL di bawah kawalan operasi Markas Sektor Barat UNIFIL. Selamat pergi dan selamat bertugas wirawan MALBATT 850-8.