120861782_3108072065987842_3202532528822362473_n.jpg120893792_3108072269321155_2345909167486179068_n.jpg120890441_3108072365987812_8349430893718731375_n.jpg120740622_3108072425987806_7015156079159283727_n.jpg

MA'RAKAH, 4 Oktober 2020 - Tim Pemantauan Pematuhan Prosedur Kuarantin dari SWMPU Tanz yang diketuai oleh Capt Kristo Henry Stephen telah melaksanakan pemeriksaan ke Pusat Kuarantin MALBATT 850-7 di UNP 2-1, Kem Ma'rakah.
Pemantauan ini merupakan susulan daripada pemeriksaan yang telah dilaksanakan pada 23 Sep 2020 yang lalu melibatkan keseluruhan penempatan Blok Kuarantin di Kem Mara’kah (UNP 2-1) selepas MALBATT melaksanakan rotation bagi Chalk 1. Fokus pemeriksaan tertumpu kepada pematuhan dan perlaksanaan kepada Standard Operating Procedure (SOP), Tatacara dan Prosedur Pengurusan Tempat Kuarantin MALBATT 850-7.
Pemeriksaan ini merupakan satu langkah penguatkuasaan bagi menentukan segala arahan-arahan dan langkah-langkah pencegahan COVID-19 yang telah dikeluarkan oleh MK UNIFIL dipatuhi oleh semua Trup yang melaksanakan rotation dalam menghadapi pandemik COVID-19.
Capt Kristo Henry Stephen berpuas hati terhadap kerjasama yang telah diberikan sepanjang pemeriksaan dilaksanakan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7 di atas komitmen beliau demi memastikan pematuhan kepada COVID - 19; UNIFIL Preventive Measures, Guideline dipatuhi dan dilaksanakan.
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE