DSC_0469.JPGDSC_0575.JPGDSC_0644.JPGDSC_0682.JPG

SUBANG, 2 Oktober 2020 - Majlis Sambutan Kepulangan kumpulan pertama MALBATT 850-7 telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama di Pangkalan Udara Subang. Turut hadir majlis tersebut adalah panglima-panglima perkhidmatan, wakil ABDB dan pegawai ATM.

Beliau mewakili Panglima Angkatan Tentera mengucapkan “Selamat Kembali Ke Malaysia” serta tahniah kepada seluruh anggota MALBATT 850-7 kerana telah berjaya melaksanakan tugas di lubnan dalam tempoh jangkamasa 12 bulan dengan cemerlang sejak 24 september 2019 lalu. Kepulangan MALBATT 850-7 telah mengangkat nama malaysia terutamanya di persada antarabangsa dan akan tercatat sekali lagi dalam lipatan sejarah kisah pengorbanan, sumbangan dan jasa dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Kepulangan kumpulan pertama MALBATT 850-7 yang diketuai oleh Mejar Ahmad Basri bin Abdullah yang melibatkan seramai 215 pegawai dan anggota. Semua pegawai dan anggota MALBATT 850-7 yang tiba di Malaysia akan dibuat pemeriksaan kesihatan dan dibawa ke MALBATT Village untuk menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.