DSC_9476.JPGDSC_9454.JPGDSC_9485.JPGDSC_9498.JPG

KUANTAN, 25 Sep 20 – Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah menyempurnakan pemakaian pangkat pegawai iaitu Kapt Abdullah Syafiq bin Mazlan dari J6 telah dinaikan ke pangkat Mejar. Seterusnya PAB menyempurnakan acara pemakaian pingat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada Pegawai Staf Tentera (PST) yang telah berjaya menamatkan misi PBB di bawah panji-panji PBB selama setahun. Acara diadakan di pejabat PAB di Markas Angkatan Bersama. Antara PST yang menerima pingat PBB ialah Lt Kol Gopalan A/L Balam, Mej Zaimihasliza binti Zainol dan Mej Mohd Shefrie bin Hamzah dari UNIFIL manakala Lt Kol Hadiat bin Sepie dari UNMHA. Turut hadir pemangku KS, AKS dan para pegawai.