DSC_8033.jpgDSC_8059.jpgDSC_8169.jpg

KUANTAN, 4 September 2020 – Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan Karnival Sukan MK AB bagi tahun 2020 yang telah dirasmikan oleh Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama (PAB) bertempat di Fasiliti Sukan MK AB. Acara sukan ini merupakan julung kalinya diadakan sejak MK AB berpindah ke Kuantan. Antara sukan yang dipertandingkan ialah bola tampar, semua warga MK AB telah mengambil bahagian dalam acara ini. PAB turut bermain bola tampar bersama pasukan Hawk menentang pasukan Eagle.