118614391_3004979539630429_3189425787036732117_o.jpg118452462_3004979999630383_4129515294198495518_o.jpg118189018_3004979489630434_5562866165013071981_o.jpg118470980_3004979529630430_4679308730271517747_o.jpg

KUANTAN, 1 Sep 20 – YBhg Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama, pagi ini menerima kunjungan hormat YBhg Laksdya Dato’ Abdul Rahman bin Hj Ayob, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL) di Kompleks Markas Angkatan Bersama (MK AB). Sejurus tiba, YBhg TPTL mengambil tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kuarter. Sesi bertukar cendera kenangan dilakukan sebelum YBhg TPTL diberi taklimat khas mengenai operasi di bawah kendalian MK AB di Situational Room yang turut dihadiri oleh pegawai kanan MK AB. Turut mengiringi beliau dalam kunjungan hormat ialah Laksda Mohd Hatim bin Saad, Panglima Wilayah Laut 1.