118699957_2994228057372244_6035662747162880224_o.jpg118469993_2994228757372174_3649630228459311879_n.jpg118651239_2994230307372019_2340641100423565523_o.jpg118652571_2994230100705373_3328648380414575078_o.jpg

MA'RAKAH: Seramai 48 Peg dan 425 LLP telah terlibat dengan Upacara Perbarisan Penganugerahan Medal United Nation (UN) yang telah disempurnakan oleh Brig Gen Andrea Di Stasio, Komander MK Sektor Barat UNIFIL, bertempat di Padang Kawad, Kem Ma’rakah, (UNP 2-1), Selatan Lubnan pada 26 Ogos 2020. Perbarisan telah dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Kuarter sejurus ketibaan Komander Sektor Barat di Kem Ma'rakah. Perbarisan Penganugerahan Medal UN telah diketuai oleh Lt Kol Johan Effendi bin Hj Mohd Shalleh, selaku Timbalan Komander MALBATT 850-7. Penganugerahan ini satu satu tanda recognition kepada Trup-Trup yang berkhidmat di bawah UNIFIL.

Penganugerahan Medal UN ini telah didahului oleh Kol Khairul Anwar bin Soib, Komander MALBATT 850-7, seterusnya Peg Kanan diikuti Peg dan Warga MALBATT. Komander MK Sektor Barat turut berbesar hati menganugerahkan pingat kepada Kontinjen Wanita MALBATT yang diketuai oleh Mej Dr Anis Ain Zafirah binti Mohd Khairi yang telah dilanjutkan daripada enam bulan kepada kepada satu tahun.

Dalam ucapannya, Komander MK Sektor Barat, mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh Warga MALBATT 850-7 di atas semangat kesatuan, komitmen,
keazaman dan tahap profesional yang telah dipamerkan. Tidak lupa juga, beliau menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia di atas penglibatan Trup UNIFIL sejak 2007 hingga sekarang. Tambahannya lagi, pada ketika ini misi UNIFIL turut berhadapan dengan isu global; Pandemik COVID-19 yang mana turut terkesan kepada Trup-Trup yang melaksanakan Misi di Selatan Lubnan. Namun demikian di atas tahap profesional dan kesatuan Multinational Brigade, warga MALBATT 850-7 telah dapat melaksanakan tugas dengan penuh komited dan dedikasi.

Diakhir ucapannya, beliau berharap dengan penganugerahan Medal UNIFIL ini dapat memberi sumber inspirasi kepada seluruh warga MALBATT dan lain-lain Kontinjen untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan mengekalkan imej UNIFIL di masa hadapan.

#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE