DSC_5649.JPGDSC_5614.JPGDSC_5586.JPGDSC_5565.JPG

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2020 – Mesyuarat kerjasama operasi antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diadakan di Wisma Perwira ATM yang dipengerusikan bersama oleh Mej Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion TUDM AKS J3 merangkap Ketua Staf MK AB dan YDH DCP Dato’ Fisol bin Salleh Timbalan Pengarah (PGK). Mesyuarat JKKO ini bertujuan membincangkan hal-hal operasi serta kerjasama kedua-dua agensi dalam meningkatkan keselamatan negara serta jaringan kerja yang membolehkan perkongsian maklumat dan asset. Turut hadir Pegawai kanan dari ATM dan PDRM.