KUANTAN, 3 Ogos 2020 – Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan Ibadah korban sempena hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Acara penyembelihan telah berlangsung di Kompleks Kuarter Master MK AB yang disaksikan oleh Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama (PAB) dan seluruh warga MK AB. Program Ibadah korban ini julung kalinya diadakan sejak MK AB berpindah ke Sg. Panching. Sebanyak 3 ekor kerbau dan seekor lembu telah dikorbankan, penyembelihan dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Jaya Gading dan turut dibantu oleh warga MK AB. Kesemua daging korban diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang kurang bernasib baik di sekitar Sg. Panching. Pada sebelah petang pula bertempat di Wisma Gabungan MKAB, PAB menyempurnakan majlis pemakaian pangkat anggota MK AB, penyerahan replika kunci rumah sewaan kelompok oleh syarikat Zafiran Resources Sdn Bhd dan pengagihan daging korban kepada warga MK AB. Turut dijemput wakil daripada persatuan veteran Tentera Laut dan Tentera Udara.