79108281_2762972050497847_421063788947570688_o.jpg101759284_2762972200497832_6043306481992859648_o.jpg101656970_2762971633831222_5003323916983205888_o.jpg101523060_2762971867164532_7807023660950093824_o.jpg

 

KUCHING, 3 Jun 2020 – Delegasi NTF melibatkan Panglima Angkatan Bersama, Lt Jen Dato' Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM dan Pengarah KDNKA PDRM iaitu CP Dato' Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, YAB Datuk Patinggi (Dr) Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Datuk Abang Hj Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan penubuhan NTF yang diterajui oleh ATM bersama PDRM dan APMM serta agensi penguatkuasaan yang lain kepada YAB Ketua Menteri Sarawak. Dikesempatan sama, Panglima Angkatan Bersama telah menyampaikan taklimat mengenai Op BENTENG yang merupakan operasi khas di bawah NTF. Turut hadir Mej Jen Abd Malik bin Jiran, Timbalan Komander NTF, CP Dato’ Aidi bin Ismail, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mej Jen Dato’ Md Din bin Abu, Panglima 1 Divisyen dan Pegawai-Pegawai Kanan NTF.

Delegasi NTF seterusnya menuju ke Mes Pegawai Kanan Briged Sarawak PGA Kuching bagi menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Komander Briged Sarawak PGA diantara ACP Hakemal bin Hawari yang menyerahkan tugas kepada SAC Mancha anak Ata dan disaksikan oleh CP Dato’ Sri Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani, Pengarah KDNKA PDRM.