92375748_2630528060408914_8762405995977637888_o.jpg91907798_2630527730408947_4460868984857690112_o.jpg92353814_2630528547075532_875125953364230144_o.jpg91975304_2630527893742264_6574482739804766208_o.jpg

LUBNAN MA'RAKAH, 7 April 2020 - Warga MALBATT 850-7 terus komited dalam menggalas Misi PBB berpandukan Mandat UNSC 1701 di Selatan Lubnan. Cabaran menggalas tugas di bawah MK UNIFIL di perantauan lebih-lebih lagi dalam berhadapan wabak pandemik COVID-19, benar-benar menguji kekuatan fizikal dan mental Warga MALBATT 850-7 pada ketika ini. Warga MALBATT 850-7 sentiasa komited terhadap perlaksanaan tugas dan tanggungjawab di Selatan Lubnan dalam menentukan keamanan sentiasa terpelihara walaupun menghadapi cabaran dalam menentukan keselamatan kesihatan personal serta menguruskan pentadbiran keluarga di Malaysia yang berada dalam suasana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). MK MALBATT 850-7 sentiasa menjaga moral anggota dan menentukan keselamatan kesihatan sentiasa terpelihara melalui tatacara langkah-langkah pencegahan yang dikuatkuasakan serta memastikan setiap warganya sentiasa dapat berhubung bersama keluarga di tanah air. Kepada seluruh Rakyat Malaysia, sama-samalah kita mendoakan semoga Warga MALBATT 850-7 sentiasa dibawah perlindungan dan diberikan kesihatan yang terbaik serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah S.W.T walaupun mereka ini berjauhan dengan keluarga tersayang.
#MALBATT8507
#DEVOTEDTOWARDSPEACE