DSC_0057.JPGDSC_0084.JPGDSC_8467.JPGDSC_8504.JPG

SUBANG, 13 MAC 2020 - Majlis Sambutan Kepulangan dan Pembubaran Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao - 14 (TPA M-14) telah disempurnakan oleh Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Redzuan bin Haji Baharuddin Ketua Staf Markas Angkatan Tentera mewakili Panglima Angkatan Tentera di Bangunan Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang.

Majlis ini adalah untuk menyambut kepulangan TPA M-14 yang diketuai oleh Ketua Misi TPA M-14, Mejar Jeneral Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran. Malaysia merupakan Lead Nation dan mempunyai komposisi yang terbesar iaitu sebanyak 16 Pegawai dan anggota. TPA M-14 ini yang juga melibatkan pegawai-pegawai daripada Negara Brunei, Jepun dan Norway.
TPA M-14 ini telah digantikan oleh TPA M-15 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah. TPA M-15 telah berlepas ke Mindanao pada 12 Mac 2020 dengan pesawat TUDM dari Pangkalan Udara Subang.