DSC_8317.JPGDSC_8218.JPGDSC_8256.JPGDSC_8245.JPG

COTABATO CITY, 13 MAC 2020 - Majlis Serah Terima Tugas Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M) di antara TPA M-14 dan TPA M-15 telah dilaksanakan di Markas TPA M. TPA M-14 yang diketuai oleh Ketua Misi TPA M-14, Mejar Jeneral Dato’ Ya’cob bin Hj Samiran telah menyerahkan tugas kepada Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah. Majlis telah disaksikan oleh yang YBhg Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM, Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana, Chief of the Western Mindanao Command (WESTMINCOM) serta wakil negara yang terlibat dalam misi Pemantau Antarabangsa Mindanao. Malaysia merupakan Lead Nation serta melibatkan pegawai-pegawai daripada Negara Brunei, Jepun dan Europe Union. TPA M-14 ini telah digantikan oleh TPA M-15 yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Anwar bin Abdullah. Turut hadir pegawai kanan ATM dan Angkatan Tentera Filipina.