91392658_2616327245162329_6515398034354864128_o.jpg91815365_2616326878495699_1251409623009722368_o.jpg91581723_2616326745162379_3142321571243229184_o.jpg92142780_2616326448495742_7070893616767434752_o.jpg

COX’S BAZAR, 20 Mac 2020 - Saringan untuk pesakit-pesakit Rohingya yang datang ke Hospital Medan Malaysia (HMM), Cox’s Bazar telah diperketat mulai 19 Mac 2020. Memandangkan kes-kes Upper Respiratory Tract Infection (URTI) semakin meningkat di HMM pada bulan Mac ini, pakar-pakar perubatan mengambil keputusan untuk memperketat saringan pesakit yang masuk ke dalam kawasan hospital. Negara Bangladesh juga tidak terkecuali dalam wabak COVID-19 dengan kes pertama dilaporkan pada 7 Mac di Dhaka dan 24 Mac di Cox’s Bazar. Oleh sebab mungkin juga terdapat kes-kes COVID-19 yang tidak disiasat dan dilaporkan di Bangladesh, usaha ini diambil untuk mengurangkan risiko warga HMM terdedah kepada wabak COVID-19. Sebuah khemah telah didirikan di hadapan halaman HMM untuk saringan tersebut. Pesakit dikehendaki mendaftar, diikuti dengan pengambilan sejarah melawat ke tempat-tempat berisiko tinggi, kontak rapat dengan pesakit atau suspek COVID-19, pemeriksaan suhu badan dan gejala-gejala seperti batuk, sakit tekak, sesak nafas dan demam. Kaunter farmasi juga dibuka di bawah khemah saringan tersebut, untuk memudahkan pesakit dan mengurangkan kesesakan dalam hospital. Sekiranya pesakit yang didapati tidak berisiko, mereka akan menerima rawatan dalam HMM seperti biasa manakala pesakit yang berpotensi dijangkit COVID-19, mereka akan dirujuk ke hospital kerajaan iaitu Hospital Sadar Cox’s Bazar untuk pemeriksaan yang selanjutnya. Semua anggota yang bertugas di kawasan saringan wajib memakai Personnel Protective Equipment (PPE), iaitu cap, face shield, mask, gown, gloves, shoes cover. Jarak antara anggota perubatan dan pesakit harus sekurang-kurangnya 1 meter. Tempat duduk pesakit juga dijarakkan untuk mengurangkan kontak antara pesakit-pesakit. Pembersih tangan (Hand Sanitiser) telah diletakkan di tempat saringan pesakit, tempat masuk, tempat menunggu dan lain-lain untuk kegunaan semua yang berada di HMM.
#OPSTARLIGHT
#MFH
#HOSPITALMEDANMALAYSIA