DSC_7754.JPGDSC_7785.JPGDSC_7764.JPGDSC_7896.JPG

KUANTAN, 9 Mac 2020 – Ketibaan Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama ke-13 disambut oleh Mej Jen Abd Malik bin Jiran Ketua Staf Markas Angkatan Bersama sebelum beliau memulakan tugas di markas ini. Seterunya beliau diperkenalkan kepada Pegawai Kanan setiap bahagian dalam MK AB dan diberi taklimat ringkas bersama pegawai kanan MK AB berkenaan aktiviti semasa markas ini. Beliau juga membuat Perjumpaan Ulung bersama warga Markas Angkatan Bersama di Joint Mess Hall dan menyampaikan pesanan kepada warga MK AB supaya berkerjasama, agresif serta bersama bagi meningkatkan peranan MK AB.