aa.jpgbb.jpgcc.jpgdd.jpg

KUALA LUMPUR, 27 Feb 2020 - Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Pahlawan Redzuan bin Hj Baharuddin telah menyempurnakan Majlis Sambutan Kepulangan Tim OP STARLIGHT-4 di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Majlis yang turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM bertujuan untuk meraikan kepulangan Tim Op STARLIGHT-4 yang telah diaturgerakan selama 6 bulan bermula 30 Ogos 2019 hingga 27 Februari 2020 di Cox’s Bazar, Bangladesh. Tim Op STARLIGHT-4 yang diketuai oleh Kol (Dr) Shahril Nizam bin Abdul Jalil berkekuatan seramai 56 orang melibatkan 19 Pegawai dan 33 Anggota termasuk 4 Staf Perubatan Awam bertanggungjawab mengoperasikan Hospital Medan Malaysia (HMM) dan memberi khidmat kesihatan kepada masyarakat pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. Turut hadir adalah Pegawa-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan.