DSC_6374.JPGDSC_6494.JPGDSC_6730.JPGDSC_6684.JPG

KUANTAN, 21 Februari 2020 – Perbarisan penghargaan Panglima Angkatan Bersama Ke -12 Leftenan Jeneral Dato’ Suhaimi bin Hj. Mohd Zuki di Kompleks Markas Angkatan Bersama, Sungai Panching. Turut hadir majlis tersebut adalah Panglima Wilayah Laut 1, Panglima Wilayah Udara 1 dan Panglima 4 Briged. Perbarisan diketuai oleh Kepten Noor Azizi bin Abdullah TLDM yang terdiri daripada dua detasmen pegawai dan anggota Markas Angkatan Bersama (MK AB). Penyerahan bendera MK AB kepada Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad adalah sebagai simbolik pertukaran tampuk pemerintahan beliau kepada pemerintahan yang baharu. Selain itu, upacara pemakaian pangkat kepada warga Mk AB dilaksanakan semasa jamuan makan di Dewan Makan Mk AB. Seramai 7 anggota dinaikkan pangkat semasa upacara tersebut. Beliau juga turut memberikan ucapan terima kasih beliau sepanjang beliau berkhidmat di Mk AB. Majlis perhargaan beliau diakhiri dengan ‘Street Lining’ dan peletakan tanda nama beliau di replika RPG Condor yang sinonim dengan penugasan Mk AB dalam memantau dan memberi bantuan kepada pengoperasian United Nation.