DSC_5934.JPGDSC_5906.JPGDSC_5940.JPGDSC_5966.JPG

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2020 - Panglima Angkatan Bersama ke-12, Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki secara rasminya telah menyerahkan tampuk pemerintahan Markas Angkatan Bersama (Mk AB) kepada Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM. Lt Jen Dato’ Suhaimi bin Hj Mohd Zuki sebelum ini telah menyandang jawatan Panglima Angkatan Bersama mulai 9 Januari 2019. Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Panglima Angkata Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bertempat di perkarangan Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Darat, Pegawai Kanan ATM sertapegawai-pegawai Mk AB.