DSC_0359.JPGDSC_0401.JPGDSC_0356.JPGDSC_0384.JPG

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2020 - Mej Jen Dato’ Hj Sanusi bin Hj Samion AKS J3 Markas Angkatan Bersama melakukan sesi perjumpaan bersama pegawai dan anggota Tim OP STARLIGHT-5 bertempat di Dewan Tanjung, Wisma Transit Kuala Lumpur. Tim ini akan berkhidmat dalam misi kemanusian di Hospital Medan Malaysia, Cox’s Bazar, Bangladesh. Beliau menyampaikan amanat agar setiap anggota Tim ini menjaga kesihatan diri disamping memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka yang memerlukan. Selain itu beliau berpesan agar sentiasa menjaga nama baik negara disamping menimba pengalaman di negara luar. Turut hadir adalah Brig Jen (Dr) Mohd Ghazali bin Mohd Taha AKS J9, Kol (Dr) Mohamed Zaki bin Mohamed Mokhtar selaku Komander OP STARLIGHT-5.