DSC_4482.JPGDSC_4531.JPGDSC_4518.JPGDSC_0899.JPG

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama antara Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany dengan pengganti beliau Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman telah berlangsung di Foyer Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM. Acara serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin Panglima Angkatan Tentera. Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany menandatangani dan menyerahkan nota serah terima tugas serta tongkat kuasa Panglima Angkatan Bersama kepada Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman yang mengambil alih tugas mulai hari ini. Panglima Angkatan Tentera turut memakaikan Insignia Pemerintah kepada Panglima Angkatan Bersama yang baru. Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany merupakan Panglima Angkatan Bersama yang ke-10. Beliau akan memegang jawatan Timbalan Panglima Tentera Laut. Laksamana Madya Dato' Syed Zahiruddin Putra bin Syed Osman kini dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama ke-11. Sebelum ini beliau menjawat jawatan Panglima Armada Timur. Turut hadir di majlis tersebut adalah Panglima-panglima perkhidmatan, pegawai kanan ATM serta warga Markas Angkatan Bersama.
#BerjuangBersama