DSC_8718.JPGDSC_8695.JPGDSC_8734.JPGDSC_8726.JPG

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2018 - Majlis Penyerahan Beg Raya kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) yang akan bertugas pada hari Raya Aidilfitri telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Mejar Jeneral Datuk Hj. Masrani bin Paiman di Pusat Kawalan Operasi Markas Angkatan Bersama. Selain itu, beliau turut menyampaikan amanat supaya semua anggota dan pegawai yang terpaksa berkorban masa dan berjauhan dengan keluarga di musim perayaan dapat menunaikan tanggungjawab dengan amanah serta bertugas dengan penuh dedikasi.