DSC_2837.JPGDSC_2741.JPGDSC_2846.JPGDSC_2751.JPG

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2018 - Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya kepada Angkatan Tentera Malaysia telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan. Turut Hadir pada majlis tersebut adalah YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Panglima Angkatan Tentera dan Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkiple bin Hj Kassim Panglima Tentera Darat, Laksamana Tan Sri Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin Panglima Tentera Laut, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang Panglima Tentera Udara, Panglima-panglima Perkhidmatan dan pegawai Kanan Tentera serta anggota ATM. Pada tahun 2018, seramai 48 agensi penyumbang yang terdiri daripada badan-badan korporat, badan-badan berkanun, syarikat-syarikat swasta dan persatuan-persatuan sukarela telah sudi memberi sumbangan hari raya aidilfitri kepada Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu, ATM juga menerima penyampaian wang zakat daripada syarikat-syarikat Lembaga Tabung Angkatan, Tentera, Affin Bank Berhad, Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad dan Affin Hwang Investment Bank Berhad.