DSC_2403.JPGDSC_2399.JPGDSC_2418.JPGDSC_2416.JPG

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2018 – Sesi Dialog Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (Mk AB) bersama dengan pegawai-pegawai Mk AB telah diadakan di Auditorium Perpustakaan Kementah. Mejar Jeneral Datuk Haji Masrani bin Paiman telah meluangkan masa bersama-sama dengan pegawai Mk AB untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan fungsi dan peranan semua bahagian di dalam Mk AB. Beliau juga turut memberi penekanan terhadap isu-isu integriti dan juga peranan serta tanggungjawab warga Mk AB untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada PRU 14 yang akan datang. Hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Mejar Jeneral Dato' MohdAsghar Khan bin Goriman Khan AKS J3, Laksma Dato’ Saifudin bin Kamarudin AKS J5 dan semua peringkat pegawai Mk AB.