DSC_0055.JPGDSC_0014.JPGDSC_0060.JPGDSC_0018.JPG

KUALA LUMPUR, 30 APR 2018 – Sesi Dialog Ketua Staf Markas Angkatan Bersama (Mk AB) bersama anggota lain-lain pangkat (LLP) Mk AB telah diadakan di Anjung Selera Mk AB. Dalam sesi tersebut, MejarJeneral Datuk Haji Masrani bin Paiman telah meluangkan masa bersama-sama dengan anggota LLP Mk AB untuk membincangkan permasalahan dan berkongsi pendapat khususnya berkaitan rancangan perpindahan ke Markas baru di Sg. Panching, Kuantan serta menerangkan intipati kandungan buku Ikrar Kementerian Pertahanan. Turut hadir dalam sesi dialog tersebut adalah Pengarah Sekretariat Kdr Suharnizal bin Suhaimi TLDM dan pegawai-pegawai Sekretariat Mk AB.