DSC_2157.JPGDSC_2130.JPGDSC_2218.JPGDSC_2194.JPG

KUALA LUMPUR, 25 April 2018 - Australia High Commission telah mengadakan upacara peringatan Hari ANZAC ke-102 (ANZAC Day Memorial Service) di Tugu Negara bagi menghormati anggota Australian and New Zealand Army Corps (ANZAC) yang berjuang di Gallipoli Turki ketika Perang Dunia Pertama dan juga secara umumnya semua rakyat dua negara itu yang meninggal dunia akibat perang, konflik dan operasi keamanan. Asisten Ketua Staf J7 Laksamana Pertama Chan Peng Cheong telah mewakili PAT menghadiri upacara tersebut. Turut hadir adalah Duta-Duta Besar dan Pesuruhjaya-Tinggi Luar Negara serta Dif-dif kehormat. Sejurus selepas itu, tradisi "gunfire breakfast' telah diadakan di kediaman Australia High Commissioner untuk para tetamu jemputan menjamu selera.