KUALA LUMPUR, 24 Mac 2021 – Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyempurnakan Majlis Perasmian Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke 16 (TPA M-16) di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia. Penghantaran TPA M-16 adalah kesinambungan dalam memenuhi hasrat Kerajaan Filipina dan juga persetujuan Kerajaan Malaysia untuk menghantar tim bagi memantau gencatan senjata antara Kerajaan Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MILF). TPA M-16 akan diketuai oleh Mej Jen Datuk Hj Hamdan bin Ismail.