043A1788.JPG043A1797.JPG043A1814.JPGDSC_9573.JPG

 

KUANTAN, 16 Mac 2021 - Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah menyempurnakan pemakaian Pingat Bangsa-bangsa Besatu (PNBB) kepada 9 pegawai dan seorang PTTK yang telah berjaya melaksanakan tugas di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Kompleks Markas Angkatan Bersama. Penganugerahan pingat ini adalah bagi mengiktiraf Pegawai Pemerhati Tentera dan Pegawai Staf yang terbabit telah berjaya menamatkan misi PBB selama setahun. Sepanjang penugasan di misi PBB, kesemua pegawai dan PTTK yang terlibat telah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang sekaligus membuktikan keupayaan serta kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi pengaman di peringkat antarabangsa. Turut hadir majlis tersebut adalah Ketua Staf dan pegawai kanan Markas Angkatan Bersama.