DSC_8588.JPGDSC_8530.JPG

 

KUANTAN, 19 Februari 21 – Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah menyempurnakan acara penutup Karnival Sukan, Program BMI 2020 dan Pelancaran Karnival Sukan 2021 Markas Angkatan Bersama (MKAB) di Foyer bangunan MO2. Dalam majlis tersebut turut diadakan penyampaian hadiah dan Piala Pusingan kepada pasukan Sukhoi yang berjaya menjadi johan keseluruhan setelah berjaya memenangi ketiga-tiga acara sukan yang dipertandingkan iaitu bowling, bola tampar dan badminton. PAB turut menyampaikan sijil dan wang tunai kepada pegawai dan anggota yang berjaya menurunkan berat badan terbanyak dalam Program BMI. PAB dan KS turut melepaskan dua ekor burung sebagai tanda pelancaran Karnival Sukan MKAB 2021. Pelepasan burung tersebut adalah sebagai simbolik melepaskan segala tekanan dan melupakan setika segala pemasalahan dengan bersukan selepas bertungkus lumus memberikan tumpuan kepada tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.