DSC_8229.JPGDSC_8216.JPG

KUANTAN, 17 Februari 21 - Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah menyampaikan amanat sempena setahun pemerintahan beliau di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama (MKAB). Dalam amanat tersebut beliau telah menggariskan 3 Teras Strategik MKAB iaitu Memastikan Keupayaan dan Kesiagaan Operasi Bersama, Memperkasa Perhubungan Strategik dan Mempertingkatkan Kecemerlangan Modal Insan. Beliau menyeru agar seluruh warga MKAB serta Unit- unit di bawah naungan sentiasa bersatu hati dan saling bekerjasama demi mencapai kejayaan dalam setiap tugasan yang diamanahkan.