DSC_7835.JPGDSC_7863.JPG

KUANTAN, 16 Februari 2021 – Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Mejar Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim, Panglima 3 Divisyen di Kompleks Markas Angkatan Bersama. Beliau telah menerima Kawalan Kuarter dari Markas Angkatan Bersama serta disambut oleh Pegawai Kanan MK AB.
Selain itu, beliau menyampaikan taklimat mengenai Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 kepada Panglima Angkatan Bersama dan pegawai kanan MK AB di bilik mesyuarat utama.