043A7584.JPG043A7658.JPG043A7691.jpg

 

KUANTAN, 4 Februari 2021 – Pengerusi BAKAT Gabungan ATM Datin Norhayati binti Usul dan Timbalan Pengerusi BAKAT Gabungan ATM Datin Hajah Nazriah binti Mahmood telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan dapur kepada ahli-ahli BAKAT Markas Angkatan Bersama (MKAB) yang terlibat banjir baru-baru ini. Seramai 50 ahli BAKAT MKAB yang menetap di sewaan kelompok Perumahan Makmur Mahkota Jaya menerima sumbangan tersebut. Turut serta dalam program itu ialah Penasihat BAKAT MKAB Kdr Md Zaman bin Hassan TLDM dan pegawai Urusetia dari Bakat Gabungan ATM Kapt Norsyahida bt Ahmad.