imt 1.jpg
 
COTABATO CITY, 10 April 2021 - Majlis Transfer Of Authority diantara Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao (TPA M) ke 15 dan ke 16 telah dilaksanakan di Ibu Pejabat TPA M di Cotabato City, Mindanao.Majlis tersebut telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Dato Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM. TPA M-16 yang diketuai oleh Mej Jen Datuk Haji Hamdan bin Ismail secara rasminya menggantikan TPA M-15 yang diketuai oleh Mej Jen Dato' Haji Muhammad Anwar bin Abdullah.
 
KSU1.jpg KSU2.jpg
SUBANG , 9 APRIL 2021- Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) Pertahanan YBhg Dato Sri Muez bin Abd Aziz telah meluangkan masa untuk bersama-sama menghantar Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke 16 (TPA M-16) berlepas ke Mindanao, Filipina. KSU turut memberikan kata-kata semangat kepada TPA M-16 untuk sentiasa memberikan yang terbaik ketika melaksanakan misi di Mindanao. Turut sama berlepas ke Mindano adalah deligasi dari Markas Angkatan Bersama yang diketuai oleh Panglima Angkatan Bersama (PAB) Lt Jen Dato' Haji Yazid bin Haji Arshad TUDM. PAB dan deligasi akan menyaksikan Transfer Of Authority di antara TPA M-15 dan TPA M-16 pada 10 April 2021. TPA M-16 dan deligasi berlepas ke Mindanao menggunakan pesawat C 130H milik TUDM.

 

SABAH 1.jpg SABAH 2.jpg

KOTA KINABALU, 7 April 2021, Leftenan Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Panglima Angkatan Bersama (PAB) telah melaksanakan lawatan kerja ke SKN 601, Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu. Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat pengoperasian UAS Scaneagle. Turut serta dalam lawatan kerja tersebut Pegawai Kanan dari Markas Angkatan Bersama (MKAB) dan ATB 2.

 

   co1.jpg co2.jpg

 

KUANTAN, 2 April 21 - Lt Jen Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM Panglima Angkatan Bersama telah menyaksikan acara serah terima tugas Pegawai Memerintah Kem di antara Lt Kol Mat Khalid bin Hamzah dengan Lt Kol Taufan bin Dato’ Paduka Hj Ghazali yang telah diadakan di Auditorium Mat Kilau Markas Angkatan Bersama (MK AB). Lt Kol Mat Khalid bin Hamzah akan bertukar ke Kem 4 Bgd menjawat jawatan Ketua Staf 4 Bgd setelah hampir setahun lebih berkhidmat di MK AB. Turut hadir KS, AKS, pegawai kanan para pegawai serta anggota MK AB.

 
Untitled-1.jpg222.jpg 333.jpg
 
KUANTAN, 1 April 2021 - Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Tajuddin bin Abdul Ghani Ketua Staf (KS) Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah mengadakan perjumpaan dengan kumpulan kedua wanita Malbatt 850-8 di Auditorium Mat Kilau MK AB. Dalam pertemuan tersebut KS telah memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada kumpulan kedua wanita Malbatt 850-8 supaya dapat menjalankan amanah dan tugas dengan baik serta menjaga nama ATM khasnya dan negara amnya.
Kumpulan kedua wanita Malbatt 850-8 yang dianggotai seramai 40 orang iaitu 35 anggota LLP dan 5 pegawai akan berangkat ke Lubnan pada 14 April ini dengan menaiki pesawat komersial. Turut hadir AKS dan Pegawai Kanan MK AB.